Saturday, May 18, 2013

Datuk nak tawan Everest


TOKYO: Seorang pendaki gunung Jepun berusia 80 tahun dilaporkan bersiap sedia untuk menawan Gunung Everest dalam usahanya untuk menjadi lelaki paling tua mencapai kemuncak tertinggi dunia itu.

Dalam satu mesej rakaman suara di halaman web beliau, Yuichiro Miura berkata ekspedisi terbabit dijangka bermula pada Khamis di mana pendakian dijangkakan mengambil masa melebihi seminggu. 
Kami merancang untuk tiba di kemuncak pada 24 Mei. Kami melakukannya dengan baik dan bersiap sedia untuk menawan gunung terbabit. 

Miura cuba untuk meletakkan namanya dalam Guinness World Record yang pernah dicatatkan beliau pada 2003 di mana beliau adalah lelaki paling tua memanjat Everest.

Rekod terbabit bagaimanapun diatasi pada 2007 oleh juga seorang pendaki Jepun yang tiba di kemuncak ketika berusia 71 tahun.

Takhta berkenaan pada masa ini dipegang oleh pendaki Nepal, Min Bahadur Sherchan yang berjaya meraih kemuncak 8.848 meter itu pada Mei 2008 ketika berusia 79 tahun.

Miura mendapat perhatian dunia pada 1970 apabila beliau menjadi lelaki pertama menurun dengan ski dari Everest. Penuru

No comments:

Post a Comment