Saturday, May 18, 2013

Pakatan akan bukti kepada Obama, Banglasia pun mengundi



KUANTAN: Berikutan ucapan tahniah dari Barack Obama kepada Datuk Seri Najib, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti penipuan BN dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat itu.

Berucap di hadapan kira-kira 30,000 penyokong Pakatan Rakyat dalam Himpunan 'Blackout505' di Kuantan, Anwar berkata, Pakatan Rakyat mahu pemimpin USA itu melihat dan menganalisis sendiri bukti penipuan yang memberi kemenangan kepada BN itu.

Anwar mendakwa kemenangan BN itu turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya Obama telefon Najib. Tak apa, tak ada masalah.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan, nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya barubaru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19345--pakatan-akan-bukti-kepada-obama-banglasia-pun-mengundi

No comments:

Post a Comment