Bantah kahwin sejenis di Perancis
Lebih 100,000 penunjuk perasaan berhimpun di Paris, kelmarin
PARIS - Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun, kelmarin sebagai membantah undang-undang perkahwinan sejenis di Paris.

Polis menganggarkan kira-kira 150,000 orang menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menzahirkan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan Presiden Francois Hollande kerana meluluskan undang-undang perkahwinan sejenis yang melanggar fitrah manusia itu.

Demonstrasi tersebut turut menyaksikan pertempuran antara penunjuk perasaan berhaluan kanan dan pihak berkuasa, dipetik dari laporan AP.

Menteri Dalam Negeri, Manuel Valls memberitahu kira-kira 100 penunjuk perasaan yang enggan beredar selepas perhimpunan itu telah ditahan pihak berkuasa.