Saturday, May 4, 2013

OCPD berkeras melarang Calon dan Wakil Calon untuk melihat proses pemindahan peti undi dalam lokap. apa yang hendak disembunyikan?



Kenyataan Media
4 May 2013
Hari ini semua lokap yg menempatkan peti undi awal akan di buka diatas keperluan mengeluarkan kertas-kertas undi serta dakwat kekal yang juga di tempatkan didalam lokap. Sewaktu aktiviti ini berlaku peti-peti undi awal didalam keadaan tidak selamat. Didalam keadaan UMNO dan BN merasa terdesak sekarang ini. Apa sahaja boleh berlaku. Di Kuantan arahan OCPD Kuantan bertentangan sama sekali dari arahan pengerusi SPR yang menjanjikan bahawa peti-peti undi awal boleh di jaga sepanjang waktu dari 30april 2013 pada hari mengundi awal sehingga kertas undi di kira. Akan tetapi arahan pengerusi SPR tidak di endahkan dan wakil calon di arahkan pulang oleh OCPD. Kini saya di balai polis Kuantan. Pengawai SPR sudah hadir untuk buka lokap. OCPD tidak membenarkan saya masuk. Saya pula bertegas, lokap tidak boleh di buka tanpa saya. Keselamatan peti undi awal tergugat. Tahanan boleh mati didalam lokap.Ini kan pula peti undi yang tidak boleh melawan. Saya sudah hilang kepercayaan dengan institusi Polis. Adakah UMNO @ BN akan mencuri keputusan undi awal melalui institusi polis? Kemungkinan ini tidak mustahil berlaku.

Fuziah Salleh.
Naib Presiden PKR

No comments:

Post a Comment