Friday, June 21, 2013

3 korban serahan kuasa


KABUL - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam satu serangan bom pada hari penyerahan kuasa keselamatan dari pimpinan pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) kepada pasukan Afghanistan, semalam.

Menurut Al Jazeera, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kabul, Jeneral Mohammad Zahir berkata, penyerang menyasarkan serangan terhadap konvoi ahli Parlimen Hazara, Mohaqiq Mohammed.

"Bagaimanapun, Mohaqiq disahkan selamat," katanya yang turut mengesahkan letupan mencederakan kira-kira 30 orang awam termasuk enam pengawal peribadi.

Serangan turut dilancarkan ke arah ratusan pegawai tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pinggir ibu negara bagi menandakan permulaan fasa terakhir peralihan keselamatan kepada pasukan Afghanistan.

No comments:

Post a Comment