MANHATTAN - Kumpulan peguam sivil Amerika Syarikat (AS), dilaporkan merancang untuk membawa Jabatan Polis New York (NYPD) ke mahkamah bagi menggesa pihak polis menghentikan program intipan ke atas masyarakat Islam di bandar itu, kelmarin.
Wakil peguam, memfailkan saman dengan mengisytiharkan tindakan NYPD bercanggah dengan Perlembagaan serta meminta arahan memadamkan semua rekod intipan polis.
"Masjid tempat kami melakukan ibadah secara bebas serta dipenuhi aktiviti keagamaan.
"Tetapi sejak NYPD mengintip, ia bertukar menjadi kawasan digeruni," kata imam masjid, Hamid Hassan Raza di luar ibu pejabat NYPD di Manhattan, New York.
Menurut laporan PressTV, Hamid berkata, beliau terpaksa merakamkan khutbahnya pada setiap solat Jumaat untuk dijadikan bukti berikutan bimbang tindakan diambil oleh NYPD terhadap ucapannya itu.
Dalam 2011, media Associated Press mendedahkan sepasukan dari NYPD telah melakukan intipan ke atas masyarakat Islam sekali gus menjadi tindakan udang-undang ketiga sejak serangan 11 September 2001.
No comments:
Post a Comment