Wednesday, June 19, 2013

Hadiah untuk pengundi BN

Tiket bas balik raya naik 10 peratus


SPAD luluskan surcaj 10 peratus bagi tiket bas yang dibeli pada tempoh 8 Julai sehingga 8 September ini.


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersetuju supaya pengusaha semua syarikat bas ekspres mengenakan surcaj tambahan sebanyak 10 peratus kepada pembeli tiket pada musim Hari Raya Aidilfitri ini.
SPAD dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, surcaj tambahan 10 peratus tersebut melibatkan semua perjalanan bas ekspres yang beroperasi dan berkuat kuasa mulai 8 Julai sehingga 8 September ini.
Keputusan tersebut bertujuan untuk membantu pengusaha bas ekspres yang perlu menampung kos pengoperasian syarikat apabila syarikat-syarikat bas itu perlu menyediakan perkhidmatan tambahan pada musim perayaan.
“SPAD kini pada peringkat kajian terakhir meneliti desakan pihak Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan harga tiket sebanyak 30 peratus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2WcE5xJWH 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment