JAKARTA - Harga petrol di Indonesia akan naik sebaik sahaja pemerintah memuktamadkan proses penyaluran bantuan kepada penduduk miskin bagi menampung kenaikan bahan api tersebut, kata menteri luarnya semalam.
"Harga minyak (petrol dan diesel) akan naik," kata Menteri Luar, Chatib Basri.
"Kenaikan ini amat penting berdasarkan suasana ekonomi global masa kini yang suram," tambahnya.
Beliau tidak mendedahkan bila kenaikan itu akan berlaku tetapi media tempatan melaporkan harga petrol dan diesel kan dinaikkan dalam masa beberapa hari lagi.
Di bawah langkah pemerintah Indonesia itu, harga petrol biasa akan meningkat sebanyak 44 peratus dengan kenaikan 22 peratus untuk diesel.
Parlimen Indonesia meluluskan usul kenaikan harga minyak tersebut kelmarin.
Harga petrol biasa dijangka melonjak daripada 4,500 rupiah (RM1.40) kepada (RM2) seliter dengan seliter diesel pula berharga 5,500 rupiah (RM1.70) berbanding 4,500 rupiah sebelum ini.
Susulan rancangan kenaikan tersebut, Naib Presiden Indonesia, Boediono menggesa rakyat agar bertenang, tidak melakukan pembelian panik serta tidak menyorok petrol dan diesel.
Terdahulu polis di wilayah Jawa Barat dan Lampung merampas beribu-ribu liter minyak yang disorok sementara menunggu harga komoditi itu dinaikkan. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2Wc9vUhZq
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment