Khieu Samphan (kiri) dan Nuon Chea.
PHNOM PENH - Dua bekas pemimpin Khmer Rouge, Kemboja yang dibicarakan tribunal dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, memohon maaf kepada keluarga mangsa kekejaman rejim, semalam.
Ketua negeri rejim komunis 1970-an, Khieu Samphan dan Nuon Chea menjawab semua soalan dikemukakan juri awam mewakili keluarga mangsa.
"Tertuduh meluahkan kekesalan, tetapi enggan bertanggungjawab membunuh rakyat," kata pegawai.
Sebaliknya, kedua-dua tertuduh menyalahkan rakan sejawatan sebagai pembunuh rakyat Kemboja.
Seramai 1.7 juta orang dilaporkan terkorban ketika Khemer Rouge berkuasa menyebabkan rakyat menderita akibat menjadi buruh paksa serta dibunuh menurut laporan AP.

No comments:
Post a Comment