Jurucakap Hospital Aachen University, Mathias Brandstaedter berkata, lelaki Afghanistan berusia 24 tahun itu percaya pensel itu tertanam di kepalanya selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika usia kanak-kanaknya.
“Sejak dua tahun lalu, pesakit terbabit sering mengadu sakit kepala dan tahap penglihatannya merosot sejak bulan lalu,” katanya kepada AP.
Menurutnya, selepas melakukan ujian x-ray, doktor menemui sebatang pensel berukuran 10 sentimeter sekali gus merungkai masalah pesakit tersebut.
No comments:
Post a Comment