Saturday, July 6, 2013

China, Rusia adakan latihan tentera


KAPAL pemusnah China, Wuhan mengetuai armada tentera laut menuju Laut Jepun pada 3 Julai lalu untuk menyertai latihan ketenteraan Joint-Sea-2013 bersama sekutu kuat, Rusia. - AP
BEIJING 5 Julai - China dan Rusia mengadakan latihan ketenteraan bersama yang diberi nama Joint-Sea 2013, secara besar-besaran di Laut Jepun, hari ini.
Sebanyak 18 kapal perang, satu kapal selam, tiga pesawat, lima kapal pengangkut helikopter dan dua unit komando terlibat dalam latihan itu.
Latihan yang berlangsung sehingga 12 Julai ini turut melibatkan taktik perang menggunakan kapal selam, taktik serangan jarak dekat dan rampasan kapal musuh.
Latihan itu disifatkan oleh China sebagai latihan ketenteraan terbesar yang pernah diadakan dengan pasukan tentera asing.
Pasukan tentera China membawa empat kapal pemusnah, dua kapal peluru berpandu frigat dan kapal sokongan yang berlepas ke Laut Jepun dari pelabuhan Qindao pada Isnin lalu.
Latihan ketenteraan itu akan diikuti latihan antikeganasan melibatkan kedua-dua negara di Gunung Ural di wilayah Chelyabinsk, Rusia dari 27 Julai hingga 15 Ogos ini.
Pasukan tentera China telah lama menjalin hubungan dengan pasukan tentera serantau kecuali Jepun ekoran pertikaian wilayah maritim di Laut China Timur. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130706/lu_05/China-Rusia-adakan-latihan-tentera#ixzz2YH3Wa1AV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment