[Soal Jawab Tentang Mesir]
S : Apa yang Amerika mahu dan kenapa Mc Cain datang ke Mesir?
J : Amerika mahu menyelamatkan kudeta dan mengembalikan rancangan asal rampasan kuasa yang dipersetujui Amerika untuk dilaksanakan oleh As-Sisi dan Baradaie sebelum 30 Julai dan ianya adalah :
1. Tentera Mesir keluar daripada senario politik dan diberi ganjaran dari rampasan kuasa dengan keistimewaan-keistimewaan dalam perlembagaan untuk terus kekal sebagai "negara" dalam negara tanpa diselia aspek kewangannya.
2. Menjadikan tentera Mesir sebahagian daripada tentera yang memerangi pengganas yang dimulakan oleh George W. Bush dan ia disempurnakan oleh Barack Obama dengan kerjasama Israel di Sinai bagi menjamin keamanan Israel.
3. Menstabilkan struktur aktiviti politik dan ekonomi di Mesir dengan sepenuhnya melalui aliran sekular Mesir yang dipimpin oleh El Baradei.
4. Membentuk undang-undang dan perlembagaan untuk membantutkan cengkaman aliran islam serta mengekalkannya dalam aktiviti politik sebagai hiasan untuk menunjukkan bahawa negara ini (Mesir) tidak menentang agama (peranan Parti Nur).
5. Meletakkan perlembagaan seperti yang dilakukan Attaturk yang mengekalkan kesekularan negara untuk mengatakan kudeta ini tidak bertentangan dengan undang-undang di atas nama "memelihara negara daripada perpecahan" apabila pimpinan Islam memegang tampuk pemerintahan.
6. Membuat perjanjian sulit dengan Ikhwan yang tidak akan menangkap kepimpinan mereka dan membenarkan mereka terlibat dengan aktiviti politik sebelum mereka memperolehi majoriti dalam majlis perwakilan rakyat atau pencalonan jawatan Presiden (sebahagian daripada hiasan aktiviti politik).
S : Akan tetapi, apakah sebab kegagalan rancangan asal Amerika?
J : Terjadinya perkara yang di luar jangkaan Amerika seperti berikut :
1. Tidak berganjaknya Presiden Mursi dan tidak mahu meletakkan jawatannya.
2. Sokongan terhadap penentangan terhadap Kudeta semakin bertambah walaupun dilakukan pembunuhan dan penangkapan.
3. Kegelojohan politik As Sisi dan keinginannya untuk menyisihkan aliran El Baradei dalam tempoh peralihan dan mungkin untuk menjadi calon presiden sebagai ganti El Baradei.
S : Apakah faktor yang menyebabkan Sisi menukar perancangan asal?
J : Bernafsu besar untuk berkuasa.. As Sisi suatu ketika dahulu pernah menjadi ketua perisikan tentera Mesir yang mengetuai senario 25 Januari sehingga ke hari ini dan dia benar-benar mengetahui bahawa El Baradei dan aliran sekular yang hanya wujud di televisyen namun tidak wujud di dalam masyarakat dan mereka dibenci oleh sebahagian besar masyarakat dan merasakan dirinya (Sisi) mampu untuk menyisihkan mereka (El Baradei) serta mengambil jawatan (presiden) dengan mudah khususnya setelah "pemasyhuran" yang diketuai unit perang saraf perisikan tentera menjadikan ratusan ribu membawa gambar-gambar As Sisi di jalanan dan menjulangnya sebagai pahlawan bangsa.
S : Kenapa Amerika tidak membiarkan Sisi menjadi presiden
sedangkan dia telah menjayakan kepentingan Amerika?
J : Amerika tidak mengambil maklumat tentang Mesir daripada Media Mesir. Amerika memiliki setelitnya sendiri yang mampu memantau tahap penentangan dan demontrasi rakyat Mesir terhadap Sisi. Mereka juga mengetahui bahawa jika Sisi sampai dikemuncak kuasa di Mesir, bermakna berlakunya pertembungan yang tidak dapat dijangka betapa besar kesannya antara kumpulan Islam dengan tentera yang mungkin menyeret Mesir ke lembah perang saudara dan ini memang Amerika tidak mahu ianya berlaku kerana keselamatan Israel amat penting bagi Amerika dalam percaturan kuasa di Timur Tengah. Perang saudara juga bermakna tentera Mesir tidak dapat memberikan tumpuan untuk menjaga sempadan negara Israel. Dengan memerintahnya seorang ketua tentera, bermakna berlakunya kudeta dalam ertikata yang sebenarnya dan bukannya revolusi rakyat... Adalah baik bagi Amerika untuk kekal dengan senario pertama yang boleh memenuhi kepentingan masyarakat sivil melalui El Baradei dan kawalan tentera menerusi Sisi tanpa perlu terdedah kepada sebarang masalah atau perang saudara.
S : Apakah yang bakal berlaku (selepas ini)?
J : Saya menjangka Amerika akan membuat tekanan kepada semua pihak agar menerima 9 perkara di bawah :
1. Mursi dan Sisi perlu keluar terus daripada medan politik Mesir.
2. Mursi kembali semula ke jawatannya untuk tempoh waktu (yang singkat) untuk mengembalikan aspek ligimitasi dan meleraikan demonstrasi serta memberikan ucapan perletakan jawatan dan memberikan mandat kuasa kepada Beblawi (atau personaliti yang tidak memihak) sehingga berlakunya referendom awam mengenai plan halatuju Mesir
3. Laluan keluar yang selamat bagi pemimpin utama (tentera) yang mengeluarkan arahan bunuh terhadap pendemo di dua tragedi berdarah sebelum ini dan menjadikan pegawai- pegawai tentera
peringkat bawahan sebagai korban pendakwaan bagi menenangkan kemarahan rakyat.
4. Pembebasan tanpa syarat terhadap semua tahanan politik
5. Pembenukan kerajaan baru yang melibatkan semua kelompok yang ada
6. Membuka ruang diolog awam kepada semua lapisan masyarakat untuk membuat penambahbaikan perlembagaan
7. Menghentikan semua kempen dan propoganda menerusi media dan mengembalikan saluran TV Islam beroperasi
8. Majlis Syura kembali beroperasi secara sementara.
9. Semua kuasa- kuasa politik berjanji melarang mengadakan piket dan demo sehingga berakhirnya tempoh peralihan kuasa cengan terpilihnya presiden yang baru.
S: Adakah Amerika akan berjaya memaksakan penyelesaian itu?
J: Inilah yang akan kita lihat nanti... Tiada yang pasti dalam dunia politik dan hari-hari ini ibarat tali dan gembala lembu Amerika berusaha menjinakkan kuda liar yang sukar ditundukkan.... Kita akan lihat nanti...
Dr Ahmed Ghanem
Penulis Pollitik, Peguam, Aktivis Politik
Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
#mesirkini

No comments:
Post a Comment