Tuesday, August 6, 2013

Imam Pattani sokong proses damai dibunuh


Bangkok: Seorang pemimpin Islam yang memainkan peranan penting untuk menamatkan pemberontakan di selatan Thailand, mati ditembak, semalam.

Imam Yacob Raimanee mati ditembak sebelah petang di bandar Pattani, kata polis.
Beliau adalah imam Masjid Besar Pattani, rumah ibadat utama di selatan Thailand. Pembunuhan berlaku ketika Thailand dan pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN) bersetuju mengelak pertumpahan darah pada bulan Ramadan yang berakhir minggu ini.


Ketua perunding Thai yang juga memimpin Majlis Keselamatan Kebangsaan, Paradorn Pattanatabut, berkata: “Kejadian itu membimbangkan.”

Penyokong rundingan damai

“Beliau adalah antara pemimpin yang menyokong rundingan damai tetapi dibunuh, jadi kami khuatir,” katanya lagi.
Kedua-dua pihak pada 12 Julai lalu mengumumkan persetujuan gencatan senjata sepanjang Ramadan.

Tetapi, selepas keadaan tenang seketika, keganasan kembali berlaku lewat bulan lalu membabitkan serangan bom dan senjata api menyebabkan sembilan orang maut termasuk guru dan polis. - AFP

No comments:

Post a Comment