LAHORE 6 Ogos - Seorang kanak-kanak maut dan 13 orang lagi cedera selepas sebuah kereta api penumpang dibom di Pakistan, semalam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130806/lu_02/Kereta-api-dibom-di-Pakistan-kanak-kanak-maut#ixzz2bBwqy6gM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Letupan itu berlaku ketika kereta api Shalimar Express yang dalam perjalanan dari timur bandar Lahore ke Karachi melalui kawasan padang berhampiran bandar Toba Tek Sing di wilayah Punjab.
“Serangan ini merupakan perbuatan pengganas. Bahan letupan dipercayai diletakkan di dalam tandas di dalam kereta api itu," kata Menteri Perkhidmatan Kereta Api, Saad Rafique kepada wartawan.
Rakaman televisyen menunjukkan letupan berkenaan menyebabkan bumbung kereta api itu rosak, tetapi tidak menyebabkannya tergelincir daripada landasan. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130806/lu_02/Kereta-api-dibom-di-Pakistan-kanak-kanak-maut#ixzz2bBwqy6gM
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment