Monday, August 19, 2013

Putera Alwaleed pecat penceramah selebriti



Putera Alwaleed


RIYADH - Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal memecat seorang penceramah agama dan motivasi terkenal warga Kuwait daripada saluran televisyen agama yang dimilikinya kerana didakwa 'cenderung kepada keganasan' dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin.
Putera Alwaleed menyatakan Tareq al-Suwaidan yang mempunyai lebih 1.9 juta pengikut di akaun Twitter dan dikenali di seluruh dunia Arab telah mengakui bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin dalam satu ceramahnya di Yemen.
"Tidak ada tempat untuk sesiapa yang mempunyai fikiran ganas di Saluran Al-Resalah," tulis Putera Alwaleed dalam sepucuk surat kepada Suwaidan, berdasarkan kepada satu siaran akhbar daripada pejabat putera berkenaan.
Putera Alwaleed dikatakan telah berulang kali memberi amaran kepada Suwaidan supaya tidak terlibat dalam politik.
"Hanya mereka yang lemah bimbang tentang bagaimana untuk mencari wang. Tidak ada yang akan menggadaikan pinsipnya kecuali mereka yang cintakan dunia," balas Suwaidan dalam Twitternya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2cMdxXv6p 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment