Beberapa mayat dilihat selepas militan al-Shabab menyerang dan mengambil tebusan di kompleks beli-belah Westgate, Nairobi. - Foto REUTERS
Nairobi: Warga Perancis, Kanada, Ghana, China dan India adalah antara 59 terbunuh selepas pertempuran meletus antara militan al-Shabab dengan askar Kenya selepas pelampau itu menawan sebuah kompleks beli- belah di sini.
Tembakan kedengaran bertalu-talu awal semalam dari dalam bangunan yang menjadi tempat militan menawan tebusan.
Anggota pelampau itu menyerang bangunan Westgate itu Sabtu lalu dan terus berada di dalam.
Seorang wanita China berusia 38 tahun maut selepas kompleks beli-belah itu diserang, menurut kenyataan Kedutaan China.
Anak lelakinya pula antara 200 yang cedera tetapi stabil selepas dirawat di hospital.
Seramai 19 orang termasuk empat kanak-kanak maut selepas dimasukkan ke hospital MP Shah di sini, kata pengerusi pusat rawatan itu, Manoj Shah.
Diplomat maut
Dua diplomat asing juga dilaporkan antara yang maut. Hospital berkenaan terus menerima pesakit baru semalam, katanya.
Penyajak Ghana, Kofi Awoonor maut selepas cedera kerana serangan itu, kata pejabat Presiden Ghana.
Seorang penyerang yang ditahan kelmarin maut kerana kecederaannya, kata pejabat presiden Kenya.
“Perkara utama ialah menyelamatkan seramai yang boleh,” kata Menteri Dalam Negeri Kenya, Joseph Lenku. yang memberitahu 1,000 orang sudah diselamatkan.
Seramai 10 hingga 15 penyerang masih ada dalam bangunan itu dan tentera serta polis Kenya sudah mengepungnya.
Saksi berkata, penyerang menggunakan raifal AK-47 dan memakai tali pinggang peluru.
Polis berkata, penyerang menyerbu masuk ketika satu pertandingan memasak diadakan anjuran stesen radio kompleks Westgate dan pemenangnya baru hendak menerima hadiah.
Kumpulan militan al-Shabab yang mengaku bertanggungjawab, menuntut askar Kenya berundur dari Somalia.
Beberapa trak terus membawa anggota keselamatan tambahan ke sekitarnya manakala laporan lain mengatakan komando Israel sudah masuk ke dalam untuk membantu askar Kenya menyelamatkan tebusan.
“Pelampau terus menguasai kompleks beli-belah Westgate. Anggota keselamatan sudah berada di sana,” menurut kenyataan kedutaan Amerika Syarikat.
Setiausaha Luar Britain, William Hague, pula berkata kerajaan sudah menghantar pasukan gerak kilat bagi membantu Kenya.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan itu.
Antara berita baik dilaporkan media tempatan apabila beberapa orang berjaya keluar dari kompleks itu semalam sekali gus menandakan tidak semua orang menjadi tebusan penyerang.
Seorang daripada mereka, Cecile Ndwiga, berkata dia bersembunyi di bawah kereta di ruang letak kereta dan meminta anggota keselamatan membantunya keluar dari situ.
AGENSI

No comments:
Post a Comment