2013/09/15
Bangkok: Sebutir bom tepi jalan yang meletup mengorbankan dua anggota tentera di kawasan bergolak selatan Thailand semalam, kata polis, terbaru dalam siri serangan maut yang membayangi usaha damai lesu.
Serangan itu yang turut mencederakan empat askar lain, mengenai sebuah trak tentera di wilayah Pattani sejurus sebelum tengah hari, kata pihak berkuasa.
“Seorang sarjan berusia 21 tahun dan lans korperal berusia 27 tahun terbunuh,” kata pegawai kanan tentera, Mejar Somjet Thongpan kepada AFP menerusi telefon.
“Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di hospital,” tambahnya.
Sejak seminggu lalu lebih 12 anggota keselamatan terkorban di wilayah itu, di mana serangan yang dilancarkan pemisah Islam menyebabkan lebih 5,700 orang maut sejak 2004.
Khamis lalu, tiga renjer separa tentera yang membina sebuah tandas awam terbunuh akibat serangan suspek pemisah yang melarikan diri dengan raifal dan sepucuk pistol.
Terdahulu, lima pegawai polis terbunuh dalam satu serbuan dan dua anggota tentera maut dalam satu serangan di sekolah.
Keganasan tetap berlaku walaupun beberapa pusingan rundingan dengan pemisah diadakan yang menuntut sesetengah bentuk autonomi untuk rantau itu, yang diduduki Thailand yang majoriti Buddha sekurun lalu.
Ketua perunding Thailand, berkata minggu lalu rundingan perlu diteruskan walaupun gelombang terbaru pertumpahan darah. - AFP
No comments:
Post a Comment