Wednesday, September 4, 2013

Masjid dituduh pusat pengganas

Masjid dituduh pusat pengganasBuku ‘Enemies Within: Inside the NYPD’s Secret Spying Unit and Bin Laden’s Final Plot Against America’ oleh Matt Apuzzo and Adam Goldman. New York: Jabatan Polis New York (NYPD) melabel semua masjid sebagai pusat pengganas, dedah sebuah buku baru bertajuk Enemies Within: Inside the NYPD's Secret Spying Unit and bin Laden's Final Plot Against America.

Buku itu hasil nukilan wartawan AP, Matt Apuzzo dan Adam Goldman berdasarkan beratus-ratus fail polis yang tidak didedahkan kepada umum.
Mereka juga merujuk kepada selain wawancara dengan pegawai dan bekas pegawai NYPD, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI).


Keputusan melabel masjid itu juga membenarkan polis menggunakan pemberi maklumat untuk merekodkan khutbah dan mengintip imam meskipun tahu tiada bukti.

Oleh kerana itu sesiapa yang masuk ke masjid berkenaan akan segera menjadi suspek.

Sejak 9/11, NYPD membuka sekurang-kurangnya sedozen siasatan ke atas masjid, menurut wawancara dan dokuman rahsia polis.

Siasatan itu biasanya mengambil masa bertahun-tahun bagi membolehkan pengawasan berjalan meskipun NYPD tidak pernah mendakwa mana-mana jawatankuasa masjid atau pertubuhan Islam sebagai menggerakkan aktiviti keganasan.
Strategi diguna

Antara strategi digunakan ialah menghantar pegawai menyamar ke masjid dan cubaan meletakkan pemberi maklumat dalam jawatankuasa masjid dan satu kumpulan Arab-Amerika di Brooklyn kerana seorang pengarah eksekutif pernah bekerjasama dengan pegawai dan Bill Blasio, calon pilihan ke jawatan Datuk Bandar New York.

Rabu lalu, Blasio berkata di Twitter bahawa beliau gusar kerana NYPD melabel semua masjid dan kumpulan pengganas atau militan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment