WANITA Moro menunjuk perasaan menyokong kemerdekaan Mindanao dalam perhimpunan anjuran MNLF di Davao, kelmarin. |
Kira-kira 2,000 anggota kumpulan itu dan keluarga mereka mengadakan perhimpunan di Taman Rizal di Bandar Davao kelmarin, kebanyakannya dari luar bandar itu.
Misuari, bulan lalu, mengisytiharkan kemerdekaan seluruh Mindanao, termasuk Palawan dan Sabah di Malaysia sementara Bandar Davao diumumkan sebagai ibu negara sementara ‘republik’ itu. Ibu negara tetap akan ditentukan selepas rundingan.
“Kami tidak akan menarik balik tuntutan mendapatkan kemerdekaan bagi seluruh Mindanao. Kami menyerahkan isu kemerdekaan ini kepada rakyat Mindanao,” kata peguam V Emmanuel C Fontanilla, penasihat undang-undang dan jurucakap Republik Bangsamoro.
“Kami tidak akan menarik balik tuntutan mendapatkan kemerdekaan bagi seluruh Mindanao. Kami menyerahkan isu kemerdekaan ini kepada rakyat Mindanao,” kata peguam V Emmanuel C Fontanilla, penasihat undang-undang dan jurucakap Republik Bangsamoro.
Menurutnya, MNLF sudah sekian lama menunggu pelaksanaan perjanjian Tripoli dengan kerajaan Filipina tetapi diberitahu menerusi nota bertarikh 21 Mac 2013 bahawa persetujuan itu dilaksanakan mengikut Perjanjian Rangka Kerja yang ditandatangani dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
“Kami menanti selama 40 tahun untuk kerajaan melaksanakan Perjanjian Tripoli tetapi hanya diberikan nota itu. Ia begitu mengecewakan. Kerana itu MNLF mengisytiharkan kemerdekaan,” kata Fontanilla.
Menurutnya, gesaan itu adalah revolusi tanpa pertumpahan darah dan tidak akan ada pertumpahan darah dilakukan dalam menuntut kemerdekaan daripada Filipina.
“Bagaimanapun, kami tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang mengancam saudara kami berhubung tuntutan ini.
“Kami akan serahkan kepada penduduk mengenai isu ini. Segala-galanya akan ditentukan oleh penduduk. Tidak ada pihak dalam komuniti politik boleh mengatasi keputusan penduduk.
“Perisytiharan ini akan diselesaikan oleh penduduk. Saya tidak pasti cara yang digunakan. Pengerusi kami (Misuari) bagaimanapun menasihatkan mereka supaya tidak menggunakan keganasan,” kata Fontanilla. - Agensi
No comments:
Post a Comment