Thursday, October 10, 2013

Anak tunggal Hussain dapat harta faraid RM1.8 juta




KUALA LUMPUR - Anak tunggal kepada pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak pada Julai lalu berjaya memperoleh keseluruhan harta dalam negara milik bapanya bernilai RM1.8 juta.
Ini berikutan Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam membenarkan permohonan faraid yang dikemukakan Pascal Ahmad Najadi, 46, setelah berpuas hati dengan afidavit yang difailkan 8 Oktober lalu menerusi peguam syarie, Akberdin Abdul Kader.
Pascal selalu pemohon mengemukakan tuntutan mengikut Seksyen 50 Akta Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1998.
Pascal yang mempunyai dua kewarganegaraan, United Kingdom dan Switzerland merupakan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat penasihat kewangan berpusat di ibu kota.
Lelaki itu yang hadir di mahkamah semalam bertindak memfailkan permohonan tersebut susulan kematian mengejut Hussain, 75, akibat ditembak di Jalan Ceylon di sini pada 29 Julai lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2hGheWA6T 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment