COLOMBO, Sri Lanka 5 Okt. - Tentera Laut Sri Lanka semalam berjaya menyelamatkan 70 individu yang dipercayai pendatang asing tanpa izin, selepas bot yang mereka naiki terkandas di perairan antarabangsa, selatan negara itu.
Jurucakap tentera laut Kosala Warnakulasuriya berkata, kesemua mereka telah dibawa ke pelabuhan selatan bandar Galle.
Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengetahui hala tuju destinasi mereka dan kemungkinan besar pendatang itu mahu ke Australia. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131005/lu_11/Tentera-laut-Sri-Lanka-selamatkan-70-PATI#ixzz2goDaI3K6
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment