Saturday, November 2, 2013

Stateroom program intip

Stateroom program intipMoriarty menafi kan tuduhan pihaknya terbabit dalam pengintip rangkaian komunikasi dan data di Jakarta.

JAKARTA - INDONESIA - Skandal pengintipan  telefon dan data didedahkan media, berterusan memberi kejutan kepada negara antarabangsa.
Skandal bermula di Eropah itu kini kian parah apabila negara Asia Pasifik tidak terkecuali turut menjadi mangsa.
Kelmarin, Indonesia menyaman Australia sekali gus mendesak negara itu memberi penjelasan selepas akhbar The Sydney Morning Herald mendedahkan, pejabat kedutaan mereka di Jakarta sebagai pusat pengumpulan data elektronik secara rahsia oleh Amerika Syarikat (AS).
Duta Australia ke Indonesia Greg Moriarty bagaimanapun menyangkal tuduhan itu.
Agensi berita Australia, Fairfax semalam melaporkan, antara Kedutaan Australia lain yang turut dijadikan sebagai pusat pengumpulan data ialah di Malaysia, Bangkok, Hanoi, Beijing dan Dili di Timor Leste serta Suruhanjaya Tinggi di Port Moresby, Papua New Guinea.
Menurut laporan Fairfax, kesemua pendedahan itu diperoleh daripada laporan majalah Jerman, Der Spiegel selepas menerbitkan satu temu bual dengan pembocor program perisikan Agensi Keselamatan Negara (NSA), Edward Snowden.
Snowden mendedahkan, program pengintipan komunikasi elektronik dikenali sebagai Stateroom itu dikumpulkan di pejabat kedutaan AS, Britain, Australia, Kanada dan New Zealand.
Snowden berkata, negara-negara ini membuat perjanjian perkongsian maklumat risikan dikenali sebagai Five Eyes.
“Peralatan pengintipan seperti antena digunakan dengan disembunyikan dalam reka bentuk bangunan yang kelihatan tidak sempurna atau di atas bumbung pejabat diplomatik di 80 negara.
“Stateroom juga berupaya memantau isyarat satelit, Wi-Fi, WiMAX, GSM dan CDMA.
Sementara itu, The Washington Post melaporkan, NSA mendapat data termasuk emel secara terus dari Google dan Yahoo.
Menurut laporan Agensi, ia dilakukan menerusi program Muscular yang dilakukan dengan kerjasama Britain.

No comments:

Post a Comment