Friday, December 20, 2013

Aset Mubarak, Ben Ali dibeku


20 Disember 2013

BERN - SWITZERLAND. Kerajaan Switzerland melanjutkan tempoh pembekuan aset bekas Presiden Tunisia dan Mesir bernilai 760 juta Swiss franc (RM2.8 bilion) sehingga 2016.

Tujuh ahli Majlis Persekutuan memaklumkan, aset bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dan pembantunya berjumlah 700 juta Swiss franc (RM2.6 bilion), manakala 60 juta Swiss franc (RM219 juta) milik bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali terpaksa dilanjutkan tempoh pembekuan.

"Kami melanjutkan tempoh itu bagi memberi lebih banyak masa untuk bahagian siasatan jenayah di Tunisia dan Mesir melakukan siasatan dari mana aset terbabit diperoleh," menurut kenyataan itu kepada Al-Arabiya.

Mubarak dan Ben Ali digulingkan semasa pergolakan yang melanda dua negara tersebut pada 2011 yang dikenali sebagai Arab Spring.

No comments:

Post a Comment