Wednesday, December 4, 2013

Isytihar ‘menang’


Bangkok: Pemimpin antikerajaan semalam mengisytiharkan ‘kemenangan’ apabila ribuan penunjuk perasaan dibenarkan memasuki Ibu Pejabat Biro Polis Metropolitan (MPB) dan pekarangan Rumah Kerajaan selepas polis mengalihkan kawat berduri serta penghadang konkrit di situ.
Bekas Ahli Parlimen Parti Demokrat yang juga anggota Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat, Thavorn Senniam mengumumkan ‘kemenangan’ itu selepas berunding dengan pegawai di ibu pejabat MPB untuk membolehkan penunjuk perasaan dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.

Pihak polis kemudian dilihat memotong kawat berduri dan mengalihkan penghadang konkrit.
Bagaimanapun, orang ramai yang masih teragak-agak mengambil masa hampir sejam sebelum memberanikan diri memasuki kawasan itu.

Satu lagi kumpulan penunjuk perasaan turut dibenarkan memasuki pekarangan Rumah Kerajaan secara aman.

Keadaan itu jauh berbeza daripada Isnin lalu apabila polis menggunakan gas pemedih mata dan dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan.
Foto
PENUNJUK perasaan menolak penghadang konkrit selepas polis membenarkan mereka memasuki pekarangan Rumah Kerajaan dan Ibu Pejabat polis Metropolitan.
Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

Sementara itu, Ketua Tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha merayu semua rakyat Thailand berganding bahu mengembalikan keamanan di Thailand.
Prayuth turut meminta penunjuk perasaan meninggalkan Rumah Kerajaan selepas dibenarkan membuat demonstrasi aman berkenaan.

Jurucakap tentera Kolonal Winthai Suvaree berkata, Chan-ocha berharap semua pihak tidak keterlaluan dalam menyampaikan mesej mereka serta sentiasa memikirkan hak semua pihak. - Agensi

No comments:

Post a Comment