Wednesday, December 4, 2013

Parti Buruh Britain pilih remaja 18 tahun jadi calon Ahli Parlimen


Ollie Middleton
LONDON 3 Dis. - Parti Buruh Britain memilih seorang remaja berumur 18 tahun untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum 2015 bagi kawasan Bath.
Britain membenarkan rakyatnya berumur 18 tahun ke atas bertanding dalam pilihan raya umum dan Ollie Middleton akan berumur 20 tahun, apabila pilihan raya diadakan dua tahun lagi.
Middleton akan mencabar penyandang kerusi Parlimen tersebut, Don Foster dari Parti Liberal Demokrat jika Ahli Parlimen itu mempertahankan jawatannya tersebut.
Sumber Parti Buruh menyatakan, mereka pada awalnya terkejut dengan pemilihan Middleton, namun remaja tersebut telah menarik perhatian aktivis dengan ucapannya.
Middleton menewaskan pesaingnya yang lebih tua dan berpengalaman untuk dipilih sebagai calon parti itu.
Pemuda yang merupakan penuntut di Universiti Westminister di sini berkata, beliau teruja diberi peluang untuk mewakili Parti buruh dalam pilihan raya umum nanti.
"Kerja saya bermula sekarang. Parti Buruh di Bath kini berkempen mengenai isu kepentingan penduduk termasuk cadangan penutupan pusat kanak-kanak dan menawarkan pilihan lebih positif berbanding polisi Parti Liberal Demokratik," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131204/lu_05/Parti-Buruh-Britain-pilih-remaja-18-tahun-jadi-calon-Ahli-Parlimen#ixzz2mSRE4bb6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment