GEORGE TOWN – Seramai 126 pelarian Rohingya ditemui dalam keadaan tidak bermaya setelah kapal yang dinaiki mengalami kebocoran di kedudukan 2.5 batu nautika dari Muka Head Teluk Bahang di sini kelmarin.
Kesemua mereka terdiri daripada 51 lelaki, 35 wanita dan 40 kanak-kanak serta bayi berusia dalam lingkungan dua bulan hingga 50-an dijumpai oleh nelayan pantai kira-kira pukul 2 petang.
Mereka dikatakan terputus bekalan makanan dan minuman sejak tiga hari lalu berikutan stok yang dibawa dalam pelayaran selama 25 hari habis.
Difahamkan, kehadiran mereka ke negara ini adalah bagi mendapatkan pekerjaan dan perlindungan.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim, Tan Kok Kwee berkata, penemuan pelarian Rohingya dimaklumkan oleh kru Bot Kilat selepas menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah kapal yang diubah suai berada dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, kapal yang melebihi muatan itu telah kehabisan minyak, makanan dan minuman.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2NE46zoZF
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment