Monday, March 11, 2013

Bekas Presiden Ramos nasihat Aquino temu Kiram



MANILA - Bekas Presiden Filipina, Fidel V. Ramos menasihatkan Presiden Benigno Aquino III supaya melembutkan hati dan mendengar luahan hati Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya Sultan Sulu berkaitan isu Lahad Datu, Sabah.

Ramos memberitahu pemberita semalam langkah Aquino mendekati Jamalul mampu mengakhiri konflik yang sedang melanda Sabah ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menulis surat secara rasmi kepada Aquino bagi meberitahu keperluan untuk berdepan dengan Jamlul bersama para pengikutnya.

Ramos berkata, beliau berasa terpanggil untuk memberi nasihat itu sebagai bekas presiden negara itu.

Memetik laman web www.abs-cbnnews.com , Ramos yang menerajui Filipina dari tahun 1992 hingga 1998 juga berkata, Aquino tidak perlu membazir masa berikutan kadar kematian warga negara itu semakin meningkat di Sabah.

Jamlul mengumumkan gencata senjata tetapi ditolak oleh pihak berkuasa Malaysia kerana tidak mahu dikenakan sebarang syarat.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permintaan gencatan senjata selagi tentera penceroboh enggan berundur diri dari Sabah.

No comments:

Post a Comment