Monday, March 11, 2013

Filipina bimbang nasib rakyatnya di Sabah


MANILA - Filipina menyuarakan kebimbangan yang mendalam semalam berhubung dakwaan terdapat penduduk negara ini yang tidak bersalah di Sabah didera selepas ditangkap dalam pertempuran antara para pengikut Sultan Jamalul Kiram III dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia.
Menurut beberapa laporan media tempatan semalam, ada penduduk Filipina yang tidak bersalah dipukul dan ditembak oleh pasukan keselamatan Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen memerangi para pengikut Jamalul Kiram.
Bagaimanapun, polis Sabah menafikan dakwaan tersebut.
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menyatakan, pihak pemerintah akan mendokumentasikan laporan terkini itu selepas ia meminta Malaysia menjelaskan insiden berkenaan.
Penolong Jurucakap Presiden Filipina, Abigail Valte juga menyuarakan kebimbangan tentang laporan berkenaan.
"Layanan terhadap rakyat Filipina itu tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita.
Beliau juga mengulangi bahawa Presiden Filipina, Benigno Aquino III telah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan 800,000 penduduk Filipina di Sabah tidak dihukum ekoran krisis tersebut. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2NE1ubh5e 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment