AMKARA - Bilangan pelarian Syria bakal meningkat dua atau tiga kali ganda jika konflik di negara itu tidak berakhir segera.
Ketua Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran yang jumlah pelarian bakal meningkat dengan mendadak jika krisis berterusan.
PBB percaya 70,000 rakyat negara itu maut sepanjang dua tahun konflik berlanjutan sehingga kini.
Setakat ini, lebih sejuta rakyat Syria sudah mendaftar sebagai pelarian.
“Jika peningkatan jumlah pelarian ini berterusan dan konflik tiada penghujung, jumlah pelarian juga mungkin meningkat dua atau tiga kali ganda berbanding jumlah yang ada sekarang menjelang akhir tahun,” kata Guterres, semalam.
Beliau turut menggesa negara-negara seperti Turki, Lubnan, Jordan dan negara jiran yang lain membantu bagi melindungi pelarian ini.
No comments:
Post a Comment