Monday, March 11, 2013

Suu Kyi dipilih semula pimpin NLD

 Aung San Suu Kyi
Aung San Suu Kyi

YANGON - Parti Pembangkang Myanmar, Liga Kebangsaan Bagi Demokrasi (NLD) memilih semula Aung San Suu Kyi sebagai pemimpinnya pada kongres pertama yang berakhir semalam.

Sebagai perwakilan parti, Suu Kyi, 67, sebelum ini telah merayu agar dijalin perpaduan.

Selepas parti itu memenangi pilihan raya tahun 1990, banyak aktiviti telah disekat oleh pemerintah yang diterajui oleh tentera Myanmar.

Bagaimanapun, pemengang anugerah Nobel Keamanan itu berjaya memenangi kerusi Parlimen tahun lepas berikutan pembaharuan oleh kerajaan awam baru dan sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya 2015.

Menurut sumber, beliau telah dipilih untuk mengekalkan jawatan sebagai pengerusi sebulat suara oleh jawatankuasa pusat parti itu.

Beliau juga adalah salah seorang daripada empat wanita daripada 15 anggota eksekutif NLD.

No comments:

Post a Comment