Monday, March 11, 2013

400 warga Filipina terkandas di Pulau Taganak



BANDAR ZAMBOANGA - Lebih 400 warga Filipina dari Sabah telah terperangkap di Pulau Taganak di wilayah Tawi-Tawi sejak malam kelmarin, kata seorang pegawai tentera Filipina semalam.
Pegawai itu, Kapten Rene Yongque yang merupakan Komander Pasukan Tindakan Khas 62, memberitahu akhbar Philippine Daily Inquirer bahawa kira-kira 400 warga Filipina tiba di pulau tersebut pada pukul 7 malam.
Beliau berkata, pasukan tentera telah mengesan sebuah bot kayu yang merempuh ombak kuat sebelum tiba di pulau berkenaan.
"Mereka semua selamat," katanya.
Menurut Yongque, kebanyakan mangsa itu merupakan wanita dan kanak-kanak.
Pulau tersebut terletak kira-kira 40 kilometer dari Sabah.
Semua mangsa itu perlu belayar sejauh 540 kilometer lagi untuk tiba di pekan Bongao, ibu negeri Tawi-Tawi.
Bagaimanapun, seorang pegawai Pejabat Kebajikan Sosial Wilayah Tawi-Tawi menyatakan, terdapat 512 orang yang terperangkap di Pulau Taganak.
Penolong Setiausaha Jabatan Kebajikan Sosial di Wilayah Autonomi Mindanao, Pombaen Kadir berkata, hampir seribu orang telah memasuki perairan Filipina dari Sabah selepas pencerobohan para pengikut Sultan Kamalul Kiram di wilayah Malaysia itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2NE1geZg7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment