Monday, May 19, 2014

Mahu simpan ‘muka gajah’


Mannan Mondal, 50, yang mendapat jolokan ‘lelaki gajah’ menolak tawaran itu kerana menganggap wajahnya yang unik sebagai ‘rezeki.’ Manna yang menghidap neurofibromatosis - sejenis penyakit yang berisiko menyebabkan ketumbuhan - berkata, buat masa ini persiapan untuk perkahwinan anak perempuannya, Rasheeda, 20, lebih utama.
“Saya perlu membeli pelbagai barangan seperti katil, kabinet, cincin, jam dan sebagainya.
Duit yang saya dapat hasil mengemis tidak cukup untuk menyara keluarga, tetapi saya tiada cara lain untuk membantu anak saya.

Saya tiada pilihan lain dan perlu mengutamakan nafkah untuk keluarga saya,” katanya.
Akibat penyakitnya itu, dia kehilangan sebelah mata, sebelah telinga dan kebanyakan giginya.
Bulan lalu, pengarah Pembedahan Plastik Pusat Penyelidikan Fortis Memorial di Gurgaon Dr Ajay Kashyap membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas Mannan.
“Ketumbuhan dialami tidak berbahaya dan bukan kanser, tetapi tulang sebelah bahagian mukanya tidak membesar dengan betul menyebabkan ketumbuhan itu jatuh.
“Untuk ‘membaiki’ mukanya kami perlu membuang sebanyak mungkin ketumbuhan itu dan membina semula bahagian mukanya yang hilang.
Foto

Namun, ia tidak membuatkan dia normal 100 peratus, sekadar memberikan rupa normal,” katanya.
Mannan dilahirkan dalam keluarga yang daif di Kolkata dan peluang yang dimilikinya amat terhad.
Dia disisihkan kerana penampilannya dan diharamkan daripada bersekolah menyebabkan dia tiada pilihan selain mengemis.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

No comments:

Post a Comment