NEW YORK 18 Mei - Pelakon jelita, Shailene Woodley mendedahkan, dia lebih gemar menjalani kehidupan dengan menumpang di rumah ibu bapa atau rakan-rakannya, berbanding tinggal di rumah sendiri.
Laman web Fox News melaporkan, pelakon berusia 22 tahun itu turut menyediakan sebuah beg khas yang diisi dengan pelbagai barangan keperluannya, bagi memudahkan dia berpindah.
"Saya hanya berada di rumah selama 15 hari tahun lalu. Saya jarang balik kerana tidak mahu hidup bersendirian. Saya lebih gemar menetap bersama keluarga atau rakan-rakan terdekat.
"Kebiasaannya saya akan mengisi kesemua barangan keperluan di dalam sebuah beg kerana memudahkan saya untuk berpindah-randah. Walaupun agak pelik, tapi saya selesa dengan kehidupan sebegini," jelas Woodley ketika menjadi tetamu di dalam rancangan bual bicara Jimmy Kimmel Live!.
Selain itu, Woodley turut mengakui kurang mengambil berat tentang perkembangan teknologi semasa, sehinggakan suatu masa dahulu dia tidak memiliki telefon bimbit.
"Dulu saya tidak mempunyai telefon bimbit sehingga ada pihak sanggup meminjamkan telefon mereka semata-mata mahu menghubungi saya," ujarnya, sambil menyifatkan perkara itu melucukan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140519/lu_08/Shailene-Woodley-hidup-menumpang#ixzz327Us56V4
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment