Abdul Aziz |
RIYADH - ARAB SAUDI. Mufti besar Arab Saudi yang juga Ketua Majlis Ulama Kanan, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh memberi peringatan kepada pemilik stesen televisyen swasta supaya tidak menayangkan program berunsur zina sepanjang Ramadan ini.
Al-Asheikh berkata, undang-undang Islam melarang apa juga program yang boleh menjurus kepada perbuatan zina.
Terdahulu, beliau menegur tindakan sebuah televisyen swasta apabila menayangkan program bersiri ‘Zina Al-Maharem’
“Program itu boleh menyebar maksiat dan rasuah,” katanya.
Menurutnya, semua stesen televisyen diingatkan supaya menapis filem atau drama dan memilih program bersesuaian untuk tayangan sepanjang Ramadan.
Siri Zina Al-Maharem sebelum ini, menimbulkan kontroversi di laman media sosial apabila memaparkan seorang lelaki mempunyai hubungan intim dengan dua saudara perempuan selama setahun.
Ramai mengkritik program terbabit dan mengecam stesen televisyen berkenaan.
Sementara itu, laporan dipetik dari Arab News, Kementerian Penerangan Kuwait melaporkan program itu adalah untuk tontonan keluarga dan tidak melanggar syariat Islam.

No comments:
Post a Comment