• Ukraine menghentikan operasi ketenteraan selama tujuh hari sebagai usaha untuk meredakan ketegangan di timur negara itu. Ukraine menghentikan operasi ketenteraan selama tujuh hari sebagai usaha untuk meredakan ketegangan di timur negara itu.
KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengarahkan operasi ketenteraan ke atas kumpulan pelampau pro-Rusia dihentikan selama seminggu sebagai sebahagian daripada pelan damai untuk meredakan konflik di negara itu.

Poroshenko memaklumkan walaupun gencatan senjata dilaksanakan tentera tetap akan bertempur sekiranya kumpulan militan melancarkan serangan.

"Segala operasi ketenteraan akan dihentikan sehingga 27 Jun depan," katanya dipetik Al Jazeera.

Menurutnya lagi, langkah itu membolehkan kumpulan pelampau berundur dan meninggalkan negara itu bagi memberi peluang kepada kerajaan mengadakan rundingan baharu.