Wednesday, July 2, 2014

Kabinet setuju cadangan pengkorporatan RTM


2014/07/02 - 03:55:29
Kabinet setuju cadangan pengkorporatan RTM
Norhyati menandatangani plak ketika merasmikan Surau Darul Ukhuwah di RTM Kuching, kelmarin. - Foto Micheal Sering

Kuching: Kabinet sudah memberi 'lampu hijau' kepada cadangan pengkorporatan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dijangka direalisasikan dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail, berkata sekumpulan kakitangan RTM sudah dihantar ke Australia baru-baru ini, bagi mengkaji pelaksanaan rancangan pengkorporatan berkenaan selepas diarahkan Kabinet.

Tunggu persetujuan PM
RTM tidak boleh kekal dengan cara kerja yang sudah ketinggalan. Sebagai agensi kerajaan, RTM perlu peka dengan perubahan sekeliling agar mampu bersaing dan kekal menjadi wadah rakyat ikut peredaran masa” Norhyati Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran

“Kali ini, mungkin betul pengkorporatan itu akan dilakukan kerana Kabinet sudah memutuskannya. Kita hanya menunggu persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi tujuan pelaksanaannya (pengkorporatan RTM).

“Bagaimanapun, saya tidak dapat memberi butiran lengkap berkenaan bila dan berapa lama tempoh diperlukan dalam mengkorporatkan RTM,” katanya kepada media selepas merasmikan Surau Darul Ukhuwah di RTM Kuching, Jalan P Ramlee, di sini kelmarin.

Norhyati menjelaskan, kebimbangan pengurangan kakitangan RTM tidak akan berlaku serta merta kerana langkah berkenaan hanya dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil masa lama.

Tak boleh kurang kakitangan
“Kita tidak boleh mengurangkan kakitangan serta-merta kerana khidmat mereka mungkin masih diperlukan, tetapi pengurangan dibuat secara berperingkat, termasuk tidak menggantikan kakitangan yang bersara dengan kakitangan baharu.

“RTM tidak boleh kekal dengan cara kerja yang sudah ketinggalan. Sebagai sebuah agensi kerajaan, RTM perlu peka dengan perubahan sekeliling agar mampu bersaing dan kekal menjadi wadah rakyat mengikut peredaran masa,” katanya.

Katanya, ia merangkumi langkah penyebaran bahan berita kepada orang ramai yang perlu dilakukan secara mudah dan pantas, selaras perkembangan kandungan berita di laman portal.

No comments:

Post a Comment