Hadi Awang |
SHAH ALAM – Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membantah sekeras-kerasnya ke atas negara Iraq dan Syria yang memilih perang bagi menyelesaikan masalah.
Menurutnya, sebagai negara Islam, pemimpin di kedua-dua negara tersebut haruslah mengambil pendekatan dan mengamalkan pendekatan demokrasi menerusi pilihanraya bagi menghadapi masalah dalaman negara.
“Pas mengambil pendekatan demokrasi menerusi pilihanraya dan inilah pendekatan yang kita perkenalkan kepada semua rakan dalam gerakan Islam di seluruh dunia. Pendekatan ini adalah yang terbaik pada masa ini negeri umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan demokrasi.
“Ini jugalah yang saya tekankan dalam ucapan saya kepada kepimpinan parti–parti berteraskan Islam di negara lain dalam persidangan anjuran Economic and Social Researches Center di Turki pada bulan lepas,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, langkah yang diambil Syria dan Iraq bukan hanya salah malah ianya juga didapati bercanggah dengan konsep jihad dalam al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para khualafa di sepanjang zaman.
“Para Khulafa' ar-Rasyidin, zaman Amawiyah (Umayyah), zaman Abbasiyah dan zaman Uthmaniyyah, kesemua mereka menyelesaikan masalah dalaman umat, dan pendekatan perang adalah terakhir dan sangat berhemat,” katanya lagi.
Beliau dalam pada itu turut melarang tegas mana-mana ahlinya daripada terlibat dengan mana-mana gerakan militan yang berkait dengan keganasan antara Syria dan Iraq.
“Pas tidak mengizinkan mana-mana ahli terlibat dengan kumpulan-kumpulan radikal sama ada di luar negeri ataupun di dalam negeri. Sekiranya didapati ada, maka kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan dengan memecat mereka daripada keahlian Pas,” tegasnya.

No comments:
Post a Comment