- Ancaman serangan darat oleh Moscow dipertingkat selepas Rusia mengumpulkan tenteranya di sempadan Ukraine.
"Saya fikir ia adalah realiti. Apabila lihat pembentukan dan kecanggihan segala peralatan serta senjata milik tentera Rusia yang diletakkan di sepanjang sempadan, sudah tentu ia satu ancaman,"katanya menurut laporan Press TV.
Pegawai Amerika Syarikat mendakwa, selain 20,000 tentera Rusia itu, Washington turut menuduh Moscow melatih dan membekalkan senjata kepada pejuang anti-Kiev di timur Ukraine.
Bagaimanapun, Rusia telah beberapa kali menolak dakwaan pembentukan tenteranya di sempadan Ukraine.
No comments:
Post a Comment