8 Ogos 2014
Larangan mengimport produk dari AS dan EU dibuat selepas negara berkenaan mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia. |
MOSCOW - RUSIA. Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam, menandatangani dekri melarang atau menghadkan import produk pertanian dari negara yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia.
Susulan itu, Putin mengarahkan kerajaan tampil menyediakan senarai barangan yang dilarang untuk diimport ke Rusia antaranya makanan dari Amerika Syarikat (AS) dan buah-buahan serta sayur-sayuran dari Eropah.
Jurucakap pemantau keselamatan makanan VPSS Alexei Alexeenko berkata, larangan akan diperluaskan termasuk ke atas ayam dari AS di mana Rusia menyumbang lapan peratus daripada eksport As tahun lalu.
"Semua produk makanan dari AS akan diharamkan. Buah-buahan dan sayur-sayuran dari Kesatuan Eropah juga akan termasuk dalam pengharaman tersebut,"katanya kepada AP
No comments:
Post a Comment