Monday, August 4, 2014

Dron milik Ukraine ditembak jatuh dekat lokasi nahas



SEORANG anggota kumpulan pemisah pro-Rusia bergambar dengan dron milik Ukraine yang ditembak jatuh dekat kampung Grabovo yang merupakan lokasi nahas MH17.


DONETSK - Kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah dron perisikan Ukraine beberapa kilometer dari lokasi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Imej dron itu kemudian dimuat naik di laman YouTube oleh kumpulan pemisah yang mendakwa mewakili pihak Republik Rakyat Donetsk.
Kumpulan pemisah itu menyatakan dron tersebut pernah digunakan pada zaman Ke satuan Soviet yang kemudian dibubarkan menjadi Rusia.
Dron itu ditembak jatuh hanya 24.14 kilometer dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh dekat kampung Grabovo, timur Ukraine.
Tentera Ukraine melaporkan kumpulan pemisah itu menembak jatuh dron dengan menggunakan peluru berpandu.
Kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine saling bertempur di sekitar kawasan lokasi nahas MH17.
Pesawat MAS itu dipercayai ditembak jatuh dengan menggunakan sebuah peluru berpandu ketika ia dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.
Pesawat tersebut membawa 298 orang dan kru yang terkorban dalam nahas itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0804&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz39NXCsf6Y 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment