Monday, August 4, 2014

Masuk lokasi nahas


Dalam satu kenyataan semalam berkata, Ahmad Zahid berkata, jika keadaan keselamatan mengizinkan, pasukan itu akan masuk untuk membuat pemeriksaan di kawasan nahas pesawat bersama-sama pasukan Belanda dan Australia.

“Satu Gabungan Pasukan Petugas di Kharkiv memutuskan pasukan Malaysia seramai 21 anggota digerakkan ke FOB (Pangkalan Operasi Hadapan) di Solidar, empat jam perjalanan dari Kharkiv pada jam 2 petang ini (semalam),” katanya.
Menurutnya, kawasan nahas pesawat itu satu jam perjalanan dari FOB dan Malaysia memberi kerjasama penuh kepada pasukan keselamatan antarabangsa dalam misi siasatan nahas itu.

Semalam, Ahmad Zahid dalam rakaman video yang dihantar kepada Bernama meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan petugas pasukan negara untuk menjalankan siasatan di lokasi pesawat itu terhempas.

Hal itu kerana kawasan pesawat itu terhempas dilaporkan masih tegang dengan insiden perang antara tentera Ukraine dan kumpulan pemberontak. Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengetuai 68 anggota polis daripada pelbagai unit berlepas ke Ukraine, Rabu lalu untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa termasuk Belanda dan Australia bagi melakukan siasatan lanjut nahas berkenaan. Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan.
Foto
SEORANG penduduk berbasikal melalui serpihan pesawat penerbangan MH17 yang terhempas di Donetsk.
Pesawat penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Donetsk pada 17 Julai lalu. - BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/04

No comments:

Post a Comment