Sunday, August 10, 2014

Guan Eng saman Nasrudin


Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meneruskan tindakan undang-undang dan menyaman Ahli Parlimen Temerloh, Pahang Nasrudin Hassan yang gagal memohon maaf berkaitan kenyataan Nasrudin di laman sosial bertajuk ‘Apa beza Kidex dan Penang tunnel?’ pada 6 Ogos lalu, yang didakwa berunsur fitnah.

Guan Eng berkata, notis saman itu dihantar kepada Nasrudin kelmarin selepas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu tidak memohon maaf di atas kenyataannya dalam tempoh ditetapkan.

“Nasrudin tidak memohon maaf, malah membuat kenyataan lain dan ia akan dirujuk kepada peguam saya.

Notis dihantar semalam adalah berdasarkan kenyataan pertamanya.

“Notis saman itu diserahkan melalui peguam kepada Nasrudin dan mendesak dia membuat permohonan maaf secara terbuka kepada saya dalam dua akhbar utama, selain memberi masa 24 jam untuk menarik balik kenyataan yang dibuat dalam laman sosial serta tempoh tujuh hari membayar ganti rugi am, reputasi selain malu,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

No comments:

Post a Comment