- Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail melalui ceramahnya semalam berkata, PKR tidak mungkin mengambil keputusan untuk melakukan pemecatan terhadap beliau sekiranya beliau memberikan penjelasan lengkap berhubung perlupusan hutangnya dengan Bank Islam.
"Bila ada isu atau perkara yang dibentang, kita akan bahas, tentang dan bincang habis-habisan sebelum keputusan dicapai.
"PKR tidak mungkin akan ambil tindakan berdasarkan sebab-sebab ringan.
"Khalid pernah berhutang sebanyak RM217juta untuk membeli lima peratus saham Guthrie pada tahun 1994.
"Hujung tahun lalu, kami mendapati wujud penyelesaian luar mahkamah berhubung kes tersebut dilaporkan kepada kami dan Februari 2014, mahkamah telah membuat keputusan bahawa hutang beliau sudah selesai di luar mahkamah," katanya.
Beliau berkata, keputusan bank untuk menghapuskira hutang Abdul Khalid yang berjumlah RM70juta menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
PKR turut meminta Abdul Khalid untuk tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung kes hapus kira hutang tersebut.
Namun kegagalan Abdul Khalid memberi penjelasan penuh mengenai baki hutangnya yang berjumlah RM70juta menimbulkan banyak dakwaan.
"Hutang yang begitu besar, bank cuma boleh hapus kira jika beberapa situasi berlaku. Yang pertama, ada pihak ketiga terlibat. Yang kedua, ada arahan dari Putrajaya yang mengarahkan bank untuk hapus kira hutang tersebut.
"Senang sahaja, jika ada pihak ketiga, namakan sahaja pihak tersebut untuk pengetahuan kami," jelasnya lagi.
Beliau berkata, Abdul Khalid banyak menimbulkan keraguan dalam beberapa isu utama yang melibatkan rakyat khususnya di Selangor.
Antara keraguan dan persoalan yang ditimbulkan semasa pemerintahan beliau ke atas Selangor ialah ptojek pembinaan Lebuhraya Kidex, pemberian dan kenaikan elaun Exco dan Adun, serta kenaikan takrif kegunaan air.
"Perbincangan mengenai prestasi pemimpin sentiasa, dititikberatkan. Masih banyak perkara yang perlu diperhalusi.
"Khalid banyak ingkar arahan parti bila berkaitan dengan isu smasa. Dia naikkan elaun bagi exco dan Adun Selangor, dia tandatangan perjanjian Langat 2 dengan terburu-buru dan naikkan takrif air dalam jangka masa 3 tahun.
"Semuanya langkah yang dia ambil, parti tidak mendapat penjelasan penuh dari dia," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment