Saturday, August 2, 2014

Ukraine dakwa lokasi nahas MH17 dipenuhi periuk api


KEIV 2 Ogos - Ukraine mendakwa kawasan di sekitar lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 dipenuhi periuk api yang dipasang kumpulan pemberontak pro-Rusia bagi menyukarkan pasukan penyiasat antarabangsa menjalankan tugas.
Jurucakap tentera Ukraine, Andriy Lysenko berkata, perkara itu disahkan Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine.
"Mereka (pemberontak pro-Rusia) dilaporkan memenuhi lokasi itu dengan periuk api. Adalah mustahil untuk pasukan penyiasat antarabangsa melakukan kerja mereka di kawasan berkenaan," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140802/lu_02/Ukraine-dakwa-lokasi-nahas-MH17-dipenuhi-periuk-api#ixzz39BDxJJ50
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment