Sydney: Seorang wartawan Australia berdepan detik cemas apabila diacu pistol automatik di kepalanya ketika cuba melarikan diri dari kumpulan pemberontak pro-Russia berhampiran lokasi nahas pesawat penerbangan MH17, semalam.
Wartawan kanan Channel Nine, Damian Ryan dan kru beritanya sebelum itu dipaksa memberhentikan kenderaan mereka oleh tentera pemberontak pro-Russia kira-kira satu kilometer dari lokasi nahas di timur Ukraine.
Dalam siaran di laman web Channel Nine itu, Ryan menggambarkan tindakan tentera itu sebagai ‘sangat tidak terkawal’.
“Dia mengacu rifel AK-47 ke arah kepala kami sebelum bersedia untuk menembak selepas menyangka kami adalah tentera Ukraine.
“Kami terpaksa menjerit sebelum mereka sedar kami adalah petugas media. Mereka kemudian meminta kami keluar dari kawasan itu dengan segera kerana ia kawasan itu sedang berlaku pertempuran sengit,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/02
No comments:
Post a Comment