- Mohd Khusairi (duduk) sedang membuat laporan polis sambil ditemani pemimpin Umno Bahagian Tanjung Malim
IPOH - Umno Bahagian Tanjung Malim semalam membuat laporan polis berhubung satu rakaman video yang dimuat naik dalam lama Youtube mengenai satu sidang media oleh Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren yang didakwa menghina perdana menteri dan institusi kehakiman negara.
Ketuanya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib melalui laporan polisnya berkata, kandungan video berkenaan jelas menunjukkan kenyataan dalam sidang media berkenaan disampaikan Ahli Parlimen dari PKR itu.
Menurutnya, kenyataan di dalam video yang dimuat naik pada 8 Ogos itu jelas mempertikai keputusan mahkamah dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam penentuan tarikh perbicaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dia (Surendran) sengaja mahu mencemarkan imej perdana menteri dengan cuba mempengaruhi penonton kononnya tarikh itu memang telah ditentukan oleh perdana menteri sedangkan ia tidak berlaku.
“Kenyataan itu seolah-olah perdana menteri mampu mempengaruhi mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, semalam.
Hadir sama membuat laporan polis itu, Ketua Wanita Umno Negeri yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Rusnah Kassim dan beberapa pemimpin bahagian itu.
Mohd Khusairi berkata, ucapan Surendran itu juga berunsur fitnah dengan cuba mengaibkan perdana menteri dan memberikan gambaran buruk terhadap sistem kehakiman negara.
Menurutnya, sebagai seorang peguam, Surendran seharusnya lebih tahu tentang tindakan itu yang boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

No comments:
Post a Comment