JIKA melihat kepada keadaan fizikalnya dengan leher terlipat ke belakang, pasti tiada siapa menyangka insan istimewa ini sebenarnya adalah seorang akauntan dan penceramah awam.
Nyata, kecacatan Claudio Vieira de Oliveira, 37, dari Monte Santo, Brazil yang menderita penyakit arthrogryposis iaitu keadaan menyebabkan sendi melengkung di beberapa kawasan badan ketika dilahirkan bukanlah penghalang untuk dia mengecap kejayaan sama seperti manusia normal lain.
Selepas dilahirkan, pasukan perubatan memberitahu ibu Claudio yang dia tidak akan mampu untuk terus hidup. Namun, Claudio membuktikan sangkaan mereka meleset dan dia masih hidup sehingga ke hari ini.
Ketika berusia lapan tahun, Claudio mula berjalan menggunakan lutut dan keluarganya terpaksa menukar lantai rumah supaya dia boleh bergerak tanpa mencederakan dirinya.
“Sejak kecil, saya cuba berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan orang lain. Saya belajar menghidupkan televisyen dan radio, mengambil telefon bimbit, melayari internet dan menggunakan komputer,”katanya.
Claudio memegang pen menggunakan mulut, mengendalikan telefon dan tetikus dengan bibir serta mempunyai kasut khas yang memudahkan pergerakannya ketika berada di luar rumah.
Sikap berdikarinya menyaksikan dia berjaya di sekolah dan universiti sehingga melayakkannya bergelar akauntan dari State University of Feira de Santana.
“Saya tidak melihat diri saya berbeza dengan orang lain. Saya lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai dan saya boleh katakan bahawa saya seorang penceramah awam antarabangsa yang profesional dan turut menerima jemputan dari seluruh dunia,”katanya kepada Mail Online.

No comments:
Post a Comment