Tianjin: Pemilik restoran di Taiwan sentiasa mempunyai idea unik untuk menarik pelanggan.
Selepas pelbagai restoran dibuka dengan tema seks dan tandas, kini muncul restoran bertema penjara.
Pemilik restoran di Tianjin itu berkata, dia menciptanya untuk membolehkan tetamu menghargai kebebasan yang mereka kecapi.
Setiap ruang makan diletakkan dalam sel berasingan yang dibuat daripada jeriji besi.
Rekaan dalaman menyerupai bilik kurungan di dalam air atau bertemakan penjara. Saiznya bergantung kepada jumlah pelanggan yang menghadiri majlis jamuan yang diadakan.
Bagaimanapun, tidak semua yang menyambut idea itu dengan baik.
Seorang pengguna Internet menulis: “Pemilik restoran ini mesti pernah dipenjarakan. Dia mempunyai persepsi tersendiri selepas keluar dari penjara.” Ada pula yang menulis: “Sudah pasti mereka yang makan di sini akan merasa tertekan.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/09
No comments:
Post a Comment