Tuesday, September 9, 2014

Diserang Dengan Tukul, Remaja Lelaki Sengsara Seumur Hidup


Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 1:21 PM

SEORANG remaja lelaki terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup selepas dipukul menggunakan tukul di kepala oleh rakan serumahnya.

Connor Huntley ketika itu berumur 18 tahun diserang oleh Joseph Williams tahun lalu ketika dia sedang tidur di rumahnya di Margate, Kent.

Bagaimana pun Huntley itu terselamat daripada serangan ganas tersebut walaupun kecederaan  itu telah mengubah hidupnya.

Williams dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun.

Ketika perbicaraan berlangsung, Hakim Donne QC memberitahu Williams: "Pada 28 mei 2013, anda telah mengambil tukul, pergi ke bilik rakan serumah dan memukul sebanyak dua kali di kepalanya.
Connor Huntley

"Ia bukan sahaja menyebabkan keretakan di bahagian tengkorak, malah turut membenamkan otaknya.

"Kecederaan ini telah memberi kesan kepada Connor Huntley. Kehidupannya telah berubah. Dia tidak akan dapat menjalani kehidupan seperti mana remaja lain."
Akibat serangan itu juga, Huntley mengalami sawan dan mempunyai masalah menggerakkan badannya.
Manakala Williams akan menjalani hukuman di sebuah hospital mental sehingga dia disahkan sihat selepas pihak mahkamah mendapati di mengalami masalah mental ketika serangan dibuat.
mstar

No comments:

Post a Comment