Menurut ketua penyiasat, Fred Westerbeke, lokasi berkenaan penting bagi mengetahui siapa yang menguasai kawasan berkenaan.
“Setakat yang diketahui ketika ini, pesawat berkenaan berkemungkinan besar ditembak dari darat,” katanya.
Pihak berkuasa Belanda mengetuai siasatan behubung tragedi membabitkan pesawat Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di Ukraine dan mengorbankan semua 298 penumpang pada 17 Julai lalu.
Pihak berkuasa Belanda mengetuai siasatan behubung tragedi membabitkan pesawat Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di Ukraine dan mengorbankan semua 298 penumpang pada 17 Julai lalu.
SERPIHAN rangka pesawat MH17 yang ditemui di Hrabove, kira-kira 80 kilometer ke timur Donetsk.
Westerbeke berkata, mereka masih belum menerima imej satelit Amerika Syarikat di kawasan yang berkemungkinan menjadi lokasi peluru berpandu itu dilancarkan.
Menurutnya, mereka akan cuba mendapatkan imej berkenaan namun ia membabitkan proses yang lama.
Laporan siasatan awal menyebut, pesawat ditembusi sebilangan objek bertenaga tinggi sekaligus menolak spekulasi kejadian berpunca daripada kesilapan juruterbang atau kegagalan mekanikal.
Kiev dan Barat meletakkan kesalahan ke atas puak pemisah yang didakwa menembak pesawat itu menggunakan peluru berpandu BUK yang dibekalkan Moscow.
Ia bagaimanapun dinafikan Moscow dan kumpulan pemberontak sebaliknya menuduh Ukraine yang bertanggungjawab.
Jurucakap Polis Belanda, Patricia Zorko berkata, pasukan penyiasat kini meneliti kira-kira 25 kepingan logam yang ditemui pada beberapa bahagian pesawat.
“Kami perlu mengenalpasti sama ada ia datang dari dalam atau luar pesawat,” katanya.
Perbualan telefon puak pemisah yang berjaya dipintas dan didakwa berkait dengan kejadian menembak jatuh pesawat berkenaan masih lagi belum dapat dipastikan kesahihannya.
“Kami masih mengkaji perbualan berkenaan,” jelas Patricia.
Dalam tragedi berkenaan, 193 rakyat Belanda, 43 rakyat Malaysia dan 27 rakyat Australia terkorban.
Bagaimanapun, setakat ini hanya 193 mangsa sudah dikenalpasti.- AFP
No comments:
Post a Comment